Kata-Kata Hikmat


Monday, November 28, 2011

Kencing Berdiri

Kencing Berdiri

Majoriti sarjana fikah berpendapat sunat membuang air kecil dalam keadaan duduk. Oleh itu, siapa yang buang air kecil dalam keadaan berdiri, perbuatannya adalah makruh, tetapi tidak berdosa...

Hukum Wanita Memakai Wangian

Hukum Wanita Memakai Wangian

Masalah wanita memakai wangian itu ada beberapa hukum:
  • Apabila mahu keluar rumah, pakai minyak wangian yang tidak kuat baunya(wangian yang tidak dapat dihidu oleh orang ramai)hukumnya harus.
  • Melainkan apabila dihidu pada tempat yang diletakkan wangian itu baru dapat dihidu baunya. Hukumnya haram. 
  • Wangian yang kuat sehingga orang sekelilingnya dengan hanya lalu sahaja di hadapannya dapat mencium wangian itu, maka hukumnya haram.
  • Apabila dipakai di dalam rumah maka tiada larangan dengan wangian yang kuat baunya.
  • Sekiranya suaminya yang menyuruh, maka wajib si isteri memakai wangian itu.
  • Jikalau seorang isteri itu keluar rumah dengan memakai minyak wangi disebabkan disuruh oleh suaminya dan minyak wanginya cukup kuat sehingga dapat dihidu oleh orang sekellingnya,dosanya memakai minyak wangi itu sehingga menarik perhatian lelaki anjabi, suami yg tanggung.

Berwuduk Dalam Keadaan Telanjang

Berwuduk Dalam Keadaan Telanjang


Sarjana fikah yang muktabar melarang perbuatan bertelanjang ketika mengambil wuduk. Tetapi dibenarkan Bertelanjang semasa mandi wajib.

              Bagaimanapun, wuduk yang diambil dalam keadaan telanjang itu adalah sah.

Sunday, November 27, 2011

Hukum Couple

Hukum Couple

Hukum bedua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah haram menurut ijmak ulama. Perbuatan ini juga haram kepada mereka yang sudah bertunang kerana hadis Rasulullah yang direkodkan Bukhari bermaksud : 

"Jangan Berdua-duaan perempuan dengan lelaki melainkan ditemani mahramnya"

Dalam hadis direkodkan Muslim:

"Tidak harus masuk seorang lelaki ke tempat perempuan melainkan ada serta perempuan itu mahramnya."

Imam Nawawi menjelaskan:

Daripada hadis ini diharamkan berduaan dengan wanita bukan mahram sama ada di rumah wanita itu ataupun di mana-mana tempat dan sama ada ketika solat ataupun lainnya.

Jelas daripada dalil-dalil ini, berpasangan tanpa nikah itu adalah haram dalam islam. Couple adalah budaya Yahudi dan Nasrani, mula diterima oleh orang islam yang jahil dengan hukum-hukum agama.

Zina mata bermaksud melihat perkara-perkara yang haram di sisi syarak seperti melihat lelaki akan perempuan yang bukan mahramnya seperti pasangan-pasangan yang sedang bercinta sekarang ini.

(Rujukan kitab Syarah Asqollani 'ala al-Bukhari, Syarah Muslim)