Kata-Kata Hikmat


Sunday, November 27, 2011

Hukum Couple

Hukum Couple

Hukum bedua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah haram menurut ijmak ulama. Perbuatan ini juga haram kepada mereka yang sudah bertunang kerana hadis Rasulullah yang direkodkan Bukhari bermaksud : 

"Jangan Berdua-duaan perempuan dengan lelaki melainkan ditemani mahramnya"

Dalam hadis direkodkan Muslim:

"Tidak harus masuk seorang lelaki ke tempat perempuan melainkan ada serta perempuan itu mahramnya."

Imam Nawawi menjelaskan:

Daripada hadis ini diharamkan berduaan dengan wanita bukan mahram sama ada di rumah wanita itu ataupun di mana-mana tempat dan sama ada ketika solat ataupun lainnya.

Jelas daripada dalil-dalil ini, berpasangan tanpa nikah itu adalah haram dalam islam. Couple adalah budaya Yahudi dan Nasrani, mula diterima oleh orang islam yang jahil dengan hukum-hukum agama.

Zina mata bermaksud melihat perkara-perkara yang haram di sisi syarak seperti melihat lelaki akan perempuan yang bukan mahramnya seperti pasangan-pasangan yang sedang bercinta sekarang ini.

(Rujukan kitab Syarah Asqollani 'ala al-Bukhari, Syarah Muslim)

No comments:

Post a Comment